X

Kindly register in order to view this article
!

Pas pandang serius perkembangan terkini kemelut politik

Tuan Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Pas memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan ketika ini.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang kenyataan mengenai pendirian parti terhadap kemelut itu hanya akan dikeluarkan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sahaja.

"Ketika ini, Pas menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak Covid-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan oleh kerajaan.

"Pas juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini. Justeru, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada malam Selasa, Pas dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar berikutan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

Mesyuarat itu dipercayai membincangkan situasi politik ketika ini dan pendirian Pas berhubung kemelut tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!