Pasar awam Bahau dibuka Khamis

Orang ramai diwajibkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial sepanjang berada dalam pasar tersebut.
Orang ramai diwajibkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial sepanjang berada dalam pasar tersebut.
A
A
A

JEMPOL- Pasar Awam Bahau yang ditutup sebelum ini susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan seorang peniaga di pasar berkenaan akan dibuka semula bermula Khamis.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol ( MPJL ), Raja Norazli Raja Nordin berkata, justeru peniaga diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

"Orang ramai diwajibkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial sepanjang berada dalam pasar tersebut," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pasar berkenaan ditutup selama tiga hari namun disambung sehingga satu tarikh yang dimaklumkan kelak susulan terdapat kes positif wabak di situ.

Penutupan itu bagi melincinkan proses saringan dan sanitasi awam yang masih dijalankan bagi mengekang penularan wabak.

Bagaimanapun, penutupan itu hanya melibatkan pasar awam dan pasar kayu bersebelahan yang terbabit dengan arahan penutupan berkenaan manakala pasar ayam beroperasi seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Penutupan Pasar Awam Bahau dilanjutkan

Artikel Berkaitan: