X

Kindly register in order to view this article
!

Polis berpangkat Sarjan Majer direman kes rasuah

Anggota polis yang ditahan reman kerana terlibat rasuah semasa dibawah ke Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu.
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Seorang polis berpangkat Sarjan Mejar direman selama lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah yang berlaku di Balai Polis Nilai pada tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nur Haryatie Mohd Saini pada Rabu di Mahkamah Majistret Seremban.

Perintah tahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Khairi Abdul Karim.

Dalam prosiding yang dijalankan, anggota polis yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga itu, memohon supaya reman dikurangkan atas alasan menghidap diabetes, hipertensi dan bengkak kaki.

Menurut sumber, anggota polis berusia 60 tahun yang bertugas di Balai Polis Nilai itu telah meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,225, sebagai balasan membantu seorang wanita bagi menguruskan sebuah kes yang dituduh di Mahkamah Majistret Seremban.

Permintaan dan penerimaan telah berlaku sebanyak empat kali, bermula 3 November sehingga 2 Disember 2020, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,225 di pekarangan Balai Polis Nilai.

Anggota tersebut kemudiannya ditahan pada Selasa, jam lebih kurang 1.40 petang di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!