Shamsul Anuar jumpa pengurusan tertinggi KeTSA

Shamsul Anuar disambut oleh beberapa pegawai kanan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID
Shamsul Anuar disambut oleh beberapa pegawai kanan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah tiba di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi menemui pengurusan tertinggi kementerian buat kali terakhir.

Ia susulan pengumuman peletakan jawatannya sebagai Menteri KeTSA pada Selasa.

Kenderaan yang membawa Shamsul Anuar tiba jam 11.05 pagi dan disambut oleh beberapa pegawai kanan kementerian.

Shamsul Anuar dilantik menjawat jawatan itu pada 10 Mac tahun lalu selepas Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentuk.

Shamsul Anuar melepaskan jawatannya selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

"Sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan itu, tumpuan beliau akan diberikan kepada rakyat di kawasan Parlimen Lenggong.

ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Anuar letak jawatan menteri

Artikel Berkaitan: