Tiada MP UMNO lain letak jawatan, Pas kekal sokong Muhyiddin

Zahidi Zainul Abidin
Zahidi Zainul Abidin
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan tiada lagi ahli Parlimen UMNO yang akan meletak jawatan.

Menurut beliau, pertemuan sekumpulan ahli Parlimen UMNO dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanyalah perbincangan mengenai keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tak ada letak jawatan, yang ada dua tiga orang itu pun belum confirm (pasti),” katanya ketika ditanya hasil pertemuan tersebut oleh wartawan yang menunggu di pekarangan Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur malam Selasa.

Pada Selasa, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi gambaran peletakan jawatan menteri melibatkan pemimpin UMNO akan terus berlaku dalam tempoh 48 jam.

Beliau berkata, ia telah dimulakan bekas Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai jemaah menteri PN.

Sementara itu, sumber memaklumkan kesemua 18 ahli Parlimen Pas tetap menyokong pentadbiran kerajaan PN serta Muhyiddin.

“Pas kekal dengan keputusan ini. Jika ada yang kata ada majoriti, sila datang dengan bukti,” kata sumber.

Artikel Berkaitan: