Ummah NS minta polis siasat perhimpunan ahli Parlimen, baju hitam

Rosmin menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Daerah Seremban 2 pada Selasa.
Rosmin menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Daerah Seremban 2 pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung perhimpunan yang dilakukan oleh ahli Parlimen pembangkang dan demonstrasi kumpulan baju hitam yang diadakan di ibu negara.

Pengerusi Ummah Negeri Sembilan, Rosmin Adam berkata, tindakan tersebut jelas menyalahi undang-undang yang sedia ada dalam keadaan negara menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Menurut beliau, sepatutnya rakyat dilarang mengadakan himpunan yang boleh mendedahkan kepada penyebaran dan jangkitan Covid-19 kerana ia mampu menjejaskan usaha kerajaan untuk mengeluarkan negara Malaysia dari krisis yang mengancam nyawa ini.

"Demonstrasi baju hitam yang dilakukan pada Sabtu lalu sangat mengecewakan, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku di kala negara kini dilanda pandemik Covid-19.

"Begitu juga dengan perhimpunan yang membabitkan ahli Parlimen, sepatutnya mereka perlu kekal bertenang dan bersama membantu memulihkan negara daripada Covid-19 ini, bukan sebaliknya," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Rosmin, beliau berharap pihak polis mengadakan siasatan kepada dua himpunan tersebut di bawah Akta 342, Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021 dan akta-akta lain yang relevan.

Sehubungan itu, satu laporan dibuat pada Selasa di Balai Polis Daerah Seremban 2 bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Artikel Berkaitan: