Permaisuri Selangor berkenan serah sumbangan kepada asnaf

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (dua dari kanan) berkenan menyampaikan sumbangan prihatin. - Foto Selangor Royal Office
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (dua dari kanan) berkenan menyampaikan sumbangan prihatin. - Foto Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan prihatin kepada golongan asnaf fakir dan miskin dari sekitar daerah Petaling dan Klang di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office pada Selasa memaklumkan sumbangan prihatin menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) Negeri Selangor.

"Sumbangan berupa bekalan makanan segar dan beras disalurkan kepada 120 keluarga asnaf fakir serta miskin di sekitar daerah Petaling dan Klang," kata Selangor Royal Office dalam kenyataan itu.

Hadir sama pada majlis penyerahan serba ringkas yang diadakan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saifulyazan M Yusop dan Pengarah FAMA Negeri Selangor, Aida Abdul Rashid.

Artikel Berkaitan: