Sebuah kapal mungkin dirampas di luar perairan UAE

Sebuah kapal kargo belayar ke arah Selat Hormuz di luar pantai Khasab di Oman. - Foto AFP
Sebuah kapal kargo belayar ke arah Selat Hormuz di luar pantai Khasab di Oman. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Sebuah agensi Maritim United Kingdom (UK) pada Selasa menyatakan bahawa sebuah kapal mungkin dirampas di luar perairan pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Agensi itu, Operasi Perdagangan Maritim UK pada awalnya melaporkan bahawa berlaku satu insiden bukan lanun ke atas sebuah kapal yang tidak dikenal pasti.

Bagaimanapun, ia kemudian menyatakan kemungkinan kapal berkenaan telah dirampas.

Firma penganalisis keselamatan Maritim di Dryyad Glonal dan Aurora Intelligence mengesahkan kapal yang kemungkinan ditahan itu mengibarkan bendera Panama iaitu Asphalt Princess.

Kapal itu sedang menuju ke arah Iran di bawah kawalan beberapa lelaki, kata laman perisikan industri, Lloyd's List.

Laman sesawang MarineTraffic yang mengklasifikasikan kapal berkenaan sebagai kapal tangki membawa muatan bitumen dan asfalt menyatakan ia sebenarnya dalam pelayaran ke Sohar iaitu sebuah pelabuhan di pantai utara Oman.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh berkata, laporan tentang insiden yang berlaku di Teluk Parsi dan wilayah sempadannya adalah sesuatu yang mencurigakan.

Menurutnya, Iran sedia untuk menawarkan bantuan dalam sebarang kes tentang kemalangan Maritim. - Agensi

Artikel Berkaitan: