X

Kindly register in order to view this article
!

KPN, PAT bermesyuarat dengan KSN

Kereta yang membawa Acryl Sani memasuki pekarangan Kompleks Perdana Putra hari ini. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di bangunan Perdana Putra pada pagi Rabu.

Kenderaan yang membawa beliau dilihat memasuki bangunan itu melalui Pagar A pada jam 9.15 pagi.

Difahamkan ia bagi menghadiri mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sekitar jam 9.31 pagi pula, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut tiba dengan memasuki pintu protokol bangunan Perdana Putra.

Kenderaan membawa Affendi memasuki melalui pintu Protokol Perdana Putra. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID
Kenderaan membawa Affendi memasuki melalui pintu Protokol Perdana Putra. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID

Affendi juga dipercayai menyertai mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di hadapan pintu masuk bangunan Perdana Putra mendapati keadaan sekitar berjalan seperti biasa dan kakitangan kerajaan memasuki pejabat seawal jam 8 pagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!