Pejuang enggan ulas perkembangan politik semasa

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengambil pendirian tidak membuat sebarang ulasan berhubung perkembangan politik semasa.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti itu merafak sembah menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong agar fokus perlu diberikan kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda rakyat sejak lebih 17 bulan akibat pandemik Covid-19.

“Pejuang mengambil pendirian tidak mengulas mengenai perkembangan mutakhir yang dicetuskan oleh pelbagai pemimpin parti politik,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, hasrat parti itu ialah mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara supaya dapat menggembleng tenaga pakar bagi memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Terdahulu satu kenyataan palsu telah disebarkan di media sosial kononnya parti itu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan: