JDT, Selangor FC, Penang FC bawa pulang tiga mata

Pemain JDT, Mohamadou Sumareh (kiri) diasak pemain Melaka United FC, Mohd Razman Roslan pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi. - Foto Bernama
Pemain JDT, Mohamadou Sumareh (kiri) diasak pemain Melaka United FC, Mohd Razman Roslan pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Melaka United FC di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Bergson da Silva muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan gol menerusi sepakan penalti seawal minit kedua.

Sepakan penalti itu berpunca daripada kealpaan benteng Melaka United melepaskan Gonzalo Cabrera memasuki kotak penalti sehingga mendorong Akmal Zahir menjatuhkan penyerang import JDT itu.

Kemenangan itu menyaksikan JDT gah menerajui puncak Liga Super apabila merekodkan 42 mata - 11 mata meninggalkan pencabar terdekat Terengganu FC (TFC).

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor FC turut meneruskan momentum kemenangan apabila membenam cabaran UiTM FC 2-0.

Selangor FC yang dilihat lebih banyak mendominasi babak pertama tidak berdepan masalah untuk membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar pada minit ke-24.

Penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun menambah koleksi jaringannya yang ke-17 musim ini apabila meledak gol kedua pada minit ke-57 selepas menyudahkan hantaran pemain import dari Myanmar, Hein Htet Aung.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut The Red Giants selepas membelasah Penang FC 4-1 di Stadium Bandaraya pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Di Stadium Perak, nasib malang terus menimpa Perak FC apabila sekali lagi dirobek dengan jumlah jaringan besar selepas tewas 3-5 kepada Penang FC.

Pemain pertahanan import Penang FC, Rafael Vitor Santod de Freitas meledak hatrik manakala Casagrande Da Silva dan Abdul Azim Rahim masing-masing menyumbat satu gol buat Harimau Kumbang.

Penyerang import Perak FC, Nana Poku turut meletakkan namanya sebagai penjaring hatrik, namun ia belum cukup buat The Bos Gaurus mencari kemenangan di laman sendiri.