Ismail Sabri tiba di hotel dekat WTC

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob tiba di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sebentar tadi.

Difahamkan beliau akan bertemu dengan beberapa ahli Parlimen UMNO yang sudah menunggu sejak pukul 8 malam tadi.

Antara yang hadir ialah ahli Parlimen Arau merangkap Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim dengan ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Turut hadir ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Mereka mengadakan pertemuan itu susulan pendirian parti tersebut menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Selasa, UMNO mengambil pendirian tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus menyaksikan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kini terbatal.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung pada hari yang sama.

Artikel Berkaitan: