Kerajaan digesa naikkan suntikan fiskal langsung kepada RM150 bilion

EMIR Research mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan suntikan fiskal langsung daripada RM83 bilion pada masa ini kepada RM150 bilion untuk terus merangsang ekonomi negara.
EMIR Research mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan suntikan fiskal langsung daripada RM83 bilion pada masa ini kepada RM150 bilion untuk terus merangsang ekonomi negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - EMIR Research mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan suntikan fiskal langsung daripada RM83 bilion pada masa ini kepada RM150 bilion untuk terus merangsang ekonomi negara.

Katanya, kerajaan perlu menaikkan siling hutang kepada 65 peratus untuk memberi ruang kepada lebih banyak pinjaman dan memenuhi minat terhadap aset selamat dalam bentuk bon kerajaan.

“Dari segi cukai korporat, perlu terdapat pengurangan cukai daripada 24 peratus pada masa ini kepada 18 peratus dengan jadual sedia ada untuk kadar marginal yang kukuh berhubung kadar cukai pilihan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) iaitu 17 peratus untuk RM600,000 pertama yang perlu dibayar dan 24 peratus ke atas baki berikutnya selama dua tahun,” menurut firma penyelidikan itu dalam artikelnya sendiri bertajuk, From regulatory incentive to fiscal incentive.

Dalam aspek lain, katanya perlu ada langkah yang lebih berani dalam bentuk pengecualian cukai selama dua tahun.

Berdasarkan sekatan pergerakan yang berpanjangan dan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan, firma penyelidikan itu turut menggesa kepada moratorium muflis atau insolvensi sehingga setahun yang akan dilaksanakan pada kadar segera.

“Ini meningkatkan lagi kedudukan semasa penghutang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perniagaan dalam tempoh interim sehingga setahun,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: