Sarawak tangguh peralihan Fasa Tiga PPN di Zon Selatan

Kawasan zon selatan Sarawak meliputi Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian dan Tebedu tidak akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Nasional (PPN).
Kawasan zon selatan Sarawak meliputi Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian dan Tebedu tidak akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Nasional (PPN).
A
A
A

KUCHING - Kawasan zon selatan Sarawak meliputi Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian dan Tebedu tidak akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa peralihan ke fasa seterusnya itu ditangguhkan sehingga penularan kes Covid-19 menunjukkan trend penurunan di zon tersebut.

Ini bermakna hanya Zon Utara (Miri, Limbang, Bintulu), Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit), Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman) sahaja yang beralih ke Fasa Tiga PPN bermula Rabu.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memgumumkan bahawa tiga negeri telah beralih ke Fasa Tiga PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Keputusan itu turut dipersetujui oleh JPBN setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar perubatan dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada masih berkuat kuasa.

Pada Selasa, Sarawak merekodkan 494 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan telah meningkat kepada 78,211 kes dan dua kematian baharu dicatatkan, sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 464 orang.

Selain itu, JPBN turut mengisytiharkan tiga kluster baharu iaitu Kluster Pasar Stutong 2 (Kuching) dikesan di sebuah pasar di Jalan Stutong, daripada 140 orang disaring, 51 kes didapati positif Covid-19.

Bagi kluster Mega Suai di Subis yang dikesan di sebuah ladang kelapa sawit di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejumlah 24 telah dikesan positif daripada 351 orang yang disaring.

Artikel Berkaitan:

Manakala kluster Jalan Kemena Industry Estate 38 di Bintulu dikesan melibatkan kuarters pekerja sebuah kilang papan lapis turut berada di bawah PKPD di kawasan Estet Perindustrian Kemena.

Sebanyak 17 individu telah dikesan positif daripada 85 orang yang disaring. - Bernama