Pusingan pertama MSBK ditangguhkan akibat Covid-19

Kejuaraan Superbike Malaysia 2021 (MSBK) yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Ogos ini, terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kelak berikutan situasi semasa pandemik Covid-19.
Kejuaraan Superbike Malaysia 2021 (MSBK) yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Ogos ini, terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kelak berikutan situasi semasa pandemik Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejuaraan Superbike Malaysia 2021 (MSBK) yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Ogos ini, terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kelak berikutan situasi semasa pandemik Covid-19.

Sepang International Circuit (SIC) dan Two Wheels Motor Racing (TWMR) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan kalendar baharu akan diumumkan setelah kejuaraan itu mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, bahawa mereka tidak mempunyai pilihan selain menangguhkan pusingan pertama dan pusingan seterusnya MSBK ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

"Ini disebabkan keadaan semasa kes Covid-19 yang sedang menular di Malaysia. Keselamatan dan kesejahteraan individu yang terlibat dengan MSBK menjadi keutamaan kami. SIC dan TWMR akan kembali beraksi, tetapi kita perlu memainkan peranan untuk memutuskan rantaian wabak ini,” katanya.

Pusingan kedua MSBK sepatutnya diadakan pada 20-22 Ogos, manakala pusingan ketiga dan pusingan empat pada 14-17 Oktober.

Sementara itu, Pengarah TWMR, Ron Hogg berkata, mereka turut kecewa kerana kejuaraan pembukaan tirai musim 2021 terpaksa ditunda.

"Kami yakin bahawa kesihatan dan keselamatan semua peserta dan pegawai acara perlumbaan perlu kami utamakan. Oleh itu, kami akan bekerjasama dengan Sepang International Circuit untuk melancarkan kalendar MSBK yang baharu secepat mungkin,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: