Kunjungan Aidiladha cetus kluster komuniti di Terengganu, Kelantan, Kedah

Sikap individu yang tidak bertanggungjawab melakukan kunjungan sempena Hari Raya Aidiladha bulan lalu mencetuskan beberapa kluster komuniti berasingan di Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Sikap individu yang tidak bertanggungjawab melakukan kunjungan sempena Hari Raya Aidiladha bulan lalu mencetuskan beberapa kluster komuniti berasingan di Terengganu, Kelantan dan Kedah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sikap individu yang tidak bertanggungjawab melakukan kunjungan sempena Hari Raya Aidiladha pada bulan lalu telah mencetuskan beberapa kluster komuniti berasingan di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 78 daripada 169 individu yang disaring di Felda Kerteh 5, Dungun, Terengganu disahkan positif Covid-19.

Ia 'hasil' kunjungan warga emas berusia 63 tahun yang mula bergejala pada 20 Julai.

Kes indeks itu kemudiannya disahkan positif lapan hari kemudian.

KKM melabel kluster berkenaan sebagai Kluster Kerteh 5.

Di Kelantan, aktiviti ziarah-menziarahi sempena perayaan turut mencetuskan kluster komuniti di Kampung Jelor, Pasir Puteh, selepas 19 orang disahkan positif Covid-19.

Kes indeks bagi Kluster Kampung Padang Tok La merupakan seorang wanita berusia 39 tahun mula bergejala pada 24 Julai dan disahkan positif pada tiga hari kemudian.

Perkara sama berlaku di Kota Setar, Kedah hasil aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Sungai Nonang.

Artikel Berkaitan:

Ia membabitkan kes indeks seorang lelaki berusia 47 tahun dan dilapor positif 28 Julai hasil saringan kontak rapat.

Seramai 45 daripada 68 individu disaring turut disahkan dijangkiti wabak itu.

Kluster itu dinamakan sebagai Dah Kampung Nonang.

Aidiladha dirai pada 20 Julai lalu di mana negara masih berada di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menyekat beberapa aktiviti sosial termasuk program ziarah raya.