X

Kindly register in order to view this article
!

Kes meningkat, rakyat Kelantan perlu waspada: MB

Kelantan mengesan kes pertama varian Delta membabitkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif pada 23 Julai lepas. Gambar hiasan.
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan agar rakyat di Kelantan sentiasa berwaspada dan meningkatkan kawalan kendiri berikutan peningkatan semula kes Covid-19 di negeri itu.

Beliau turut menasihatkan rakyat supaya mengelakkan dari daripada terlibat dalam aktiviti berkumpulan dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut beliau, pada Selasa, Kelantan merekodkan kes harian sebanyak 915 kes iaitu tertinggi sejak penularan pandemik itu di negeri ini.

“Sama-sama kita berdoa dan munajat agar ALLAH memberi kesejahteraan dan keselamatan daripada wabak Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Menerusi hantaran tersebut, Ahmad turut berkongsi laporan oleh Bernama berhubung kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang percaya bahawa varian Delta dilaporkan di Pasir Puteh sudah tersebar ke beberapa daerah seperti Bachok dan Tanah Merah hingga menyebabkan peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri itu.

Kelantan mengesan kes pertama varian Delta membabitkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif pada 23 Julai lepas. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!