Bekas pensyarah rugi RM1.3 juta ditipu penyamar dalam talian

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pensyarah universiti awam mengalami kerugian mencecah RM1.3 juta akibat terperdaya dengan helah licik suspek yang cuba meraih simpati mangsa dengan menyamar menggunakan beberapa identiti berbeza.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pelbagai alasan dan helah digunakan oleh suspek yang dikenali menerusi medial sosial untuk memperdayakan mangsa.

“Mangsa yang berasa simpati dengan niat ingin membantu telah membuat beberapa transaksi melibatkan kerugian berjumlah RM1.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Mahidisham, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek, seorang lelaki tempatan pada 27 Julai lalu.

“Pada 3 Ogos (Selasa), tangkapan telah dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Menipu) dan tertuduh tidak mengaku bersalah.

“Tertuduh telah ditawarkan jaminan polis sebanyak RM20,000 dan sebutan semula kes dijadualkan pada 21 Oktober depan,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: