X

Kindly register in order to view this article
!

Maklumat tular 39 positif varian Delta palsu

Mesej palsu yang tular pada Selasa.
A
A

KUALA TERENGGANU – Maklumat tular yang mengatakan seramai 39 individu di Kampung Kuala Ibai disahkan positif Covid-19 melibatkan varian Delta atau varian mutasi berganda dari India adalah tidak benar.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, dakwaan bahawa penduduk Kampung Kuala Ibai perlu menjalani ujian saringan Covid-19 juga palsu.

“Tidak betul. Sehingga semalam (Isnin) hanya dua kes varian Delta dilaporkan di Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditanya kesahihan maklumat itu yang dilaporkan tular melalui WhatsApp, pada Selasa.

Alias Razak
Alias Razak

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih mengenai jangkitan Covid-19.

Pada Selasa, tular satu mesej mendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat saringan melibatkan semua penduduk kampung Kuala Ibai selepas 39 orang positif varian Delta.

Maklumat palsu tersebut turut mengatakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mungkin dikenakan di Kampung Kuala Ibai dan kawasan Kondo Rakyat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, orang ramai diminta lebih berwaspada susulan dua kes positif dikesan melibatkan varian Delta atau varian mutasi berganda dari India yang direkodkan di daerah Kuala Terengganu.

Setakat ini pelaksanaan penjujukan genom atau ujian terhadap sampel lain diambil dalam kalangan pesakit sedang dilakukan bagi mengenal pasti varian terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kes varian Delta direkod di Terengganu


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!