X

Kindly register in order to view this article
!

60 kilang, premis perniagaan gagal patuh SOP diarah tutup

Hishammuddin
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 60 premis terdiri daripada kilang dan premis perniagaan diarah tutup pada Isnin kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan melaksanakan 82,244 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,767 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,847 buah kilang, 13,919 premis perniagaan, 1,049 tapak pembinaan dan 318 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan seramai 215 individu yang dikompaun kerana ingkar SOP dan tiada individu yang direman daripada kesalahan yang sama.

Katanya, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan semalam telah membuat tangkapan terhadap 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga buah kenderaan darat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!