Pukul peniaga warga asing, lelaki warga Pakistan ditahan

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang peniaga warga asing dipukul tiga individu di hadapan sebuah restoran di Jalan Cempaka di sini pada Sabtu. Gambar hiasan
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang peniaga warga asing dipukul tiga individu di hadapan sebuah restoran di Jalan Cempaka di sini pada Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki warga Pakistan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang peniaga warga asing dipukul tiga individu di hadapan sebuah restoran di Jalan Cempaka di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan di Jalan Cempaka di sini pada jam 3.40 petang Ahad bagi membantu siasatan berkaitan kes ugutan dan mencederakan mangsa.

"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin sehingga Khamis.

Kita masih mengesan dua lagi rakan suspek," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Mohamad Farouk berkata, dalam kejadian pada jam 5.15 petang, mangsa berusia 48 tahun itu telah didatangi tiga lelaki warga asing dan salah seorang suspek dikenali mangsa.

"Suspek membawa sebatang besi cuba menarik topi keledar mangsa tetapi tidak berjaya.

Suspek kemudian terus memukul kepala mangsa tetapi terkena pada topi keledarnya hingga menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikal.

"Suspek bertindak menendang mangsa serta mengugut tahu di mana rumahnya dan akan kembali lagi untuk membuat sesuatu kepada mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kaki kiri dan dua tangannya.

"Mangsa telah mendapat rawatan akibat kecederaan ringan itu," katanya.

Mohamad Farouk berkata, punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati dan menyebabkan mangsa dan suspek sering bertengkar mulut.

Kes disiasat bawah Seksyen 323/506 dan 323 Kanun Keseksaan.