Anwar layak ganti Muhyiddin jadi PM

DZULHILMI
DZULHILMI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar berundur apabila jumlah sokongan tidak mencecah 90 kerusi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Damansara, Dzulhilmi Zainol berkata, ia selepas penarikan diri beberapa ahli Parlimen UMNO serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak berada dalam koalisi atau gabungan tersebut secara mutlak.

Menurutnya, perhimpunan 107 ahli Parlimen di Dataran Merdeka pada Isnin jelas menunjukkan Pakatan Harapan (PH) mempunyai sokongan untuk kembali mentadbir negara.

“Strategi UMNO ketika ini dilihat seolah-olah hanya menarik sokongan ke atas Perdana Menteri dengan syarat calon Perdana Menteri selepas itu daripada UMNO.

“Bagaimanapun, perebutan kuasa ini tidak akan terhenti kerana parti Bersatu pasti tidak bersetuju ke atas cadangan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru katanya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menggantikan Muhyiddin berdasarkan sokongan dalam kalangan ahli Parlimen PH serta wakil lain.

Katanya, kestabilan politik negara bakal menuju ke arah yang lebih baik jika kerajaan baharu dibentuk dan Anwar dapat memberi tumpuan terhadap usaha menguruskan pandemik Covid-19.

“Ia sekali gus dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing dalam menjamin prestasi ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: