[EKSKLUSIF] Pelawak ditahan kes pemerdagangan manusia

KUALA PILAH - Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.
Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.