Seorang maut, empat lagi renjer parah dalam serangan hendap

Seorang anggota renjer maut manakala empat lagi cedera parah dalam satu serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira jam2.20 pagi ini (waktu tempatan). - Gambar hiasan
Seorang anggota renjer maut manakala empat lagi cedera parah dalam satu serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira jam2.20 pagi ini (waktu tempatan). - Gambar hiasan
A
A
A

NARATHIWAT - Seorang anggota renjer maut manakala empat lagi cedera parah dalam satu serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira jam2.20 pagi ini (waktu tempatan).

Komander Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata, sekumpulan lelaki bersenjata itu melontar sekurang-kurangnya 10 butir bom paip dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pos kawalan itu di mana sepasukan lapan anggota renjer sedang bertugas.

“Siasatan awal mendapati kumpulan lelaki bersenjata itu menyerang dari dua arah dengan melontar bom paip serta melepaskan tembakan.

“Insiden berbalas tembakan berlanjutan kira-kira 15 minit apabila satu lagi pasukan renjer tiba di tempat kejadian. Kumpulan lelaki bersenjata itu melarikan diri ke hutan berdekatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Seorang anggota renjer didapati meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Sungai Kolok.

Selain itu, sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram turut diletupkan di Jalan Tak Bai- Sungai Kolok di Tak Bai. Namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Kriangkrai berkata, insiden pagi itu dipercayai tindakan balas dendam kumpulan militan berikutan kematian seorang anggota militan dalam insiden berbalas tembakan di Pattani awal pagi Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: