X

Kindly register in order to view this article
!

'Awang Belantik' berjaya ditambat

Awang Belantik berjaya ditambat sebelum dipindahkan ke Hutan Simpan Belum, Perak pada Khamis.
A
A

SIK - Seekor gajah liar yang dikesan berkeliaran di sekitar Kampung Kubang Belantik, di sini berjaya ditambat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Isnin.

Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, gajah jantan berusia antara 18 hingga 20 tahun dengan berat anggaran dua tan itu dikenali sebagai Awang Belantik, ditemui di kawasan kebun getah belakang rumah penduduk kampung kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, Unit Tindakan Gajah (UTG) Kedah mengambil masa dua jam sebelum berjaya menangkap haiwan itu hasil aduan orang ramai.

"Sebelum ini, kita menerima aduan daripada penduduk mengatakan kehadiran haiwan terbabit memusnahkan tanaman khususnya buah-buahan yang diusahakan penduduk sehingga menyebabkan kerugian," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, Awang Belantik lebih kerap hadir memandangkan kini pokok buah-buahan mengeluarkan hasil antaranya cempedak, durian, pisang dan lain-lain.

Katanya, gajah terbabit dikesan terpisah daripada kumpulan haiwan itu menyebabkannya bersendirian masuk ke kawasan kampung mencari makanan.

"Kita akan pindahkan gajah ini ke Hutan Simpan Belum, Perak pada Khamis ini dengan bantuan dua ekor gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

"Gajah ini sudah ditambat dan dipantau sementara menunggu pasukan PKGK yang dijangka tiba pada Rabu sebagai persiapan untuk memindahkannya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!