Takiyuddin tidak letak jawatan: Khairuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak akan meletakkan jawatan di sebalik konflik berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada 21 Julai lalu.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuata Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menegaskan Takiyuddin akan kekal dengan porfolionya sekarang.

“Takiyuddin tidak letak jawatan. Ini keputusan (pembatalan Ordinan Darurat) kolektif daripada kabinet, bukan tindakan seorang menteri sahaja.

“Tiada tukar jawatan, tiada tukar portfolio, beliau kekal sebagai menteri dan kita buat apa yang patut buat untuk rakyat dan negara,” katanya lapor Astro Awani pada Selasa.

Khairuddin
Khairuddin

Mohd Khairuddin berkata demikian ketika ditanya adakah Takiyuddin akan meletakkan jawatan selepas ahli Parlimen pembangkang berulang kali mendesak beliau melakukan sedemikian.

Artikel Berkaitan:

Selain daripada ahli Parlimen pembangkang, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Takiyuddin meletakkan jawatan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.