X

Kindly register in order to view this article
!

'Tidak perlu ucapan hari lahir, salur dana ke tabung bencana'

Abang Johari
A
A

KUCHING - Mereka yang bercadang untuk meletakkan iklan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena ulang tahun kelahiran yang ke-71 esok, diminta tidak berbuat demikian sebaliknya menyalurkan dana itu kepada Tabung Bencana Covid-19 Negeri.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa ramai kenalan rapat telah menyatakan hasrat untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Abang Johari.

“Dalam hal ini, beliau (Abang Johari) menghargai kebaikan dan ingatan semua tapi beliau telah menyatakan hasrat agar mereka tidak meletakkan iklan tetapi menyalurkan sumbangan kepada Tabung Bencana Covid-19 Negeri,” katanya.

Abang Johari dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang, Sarawak dan beliau juga anak kepada Gabenor pertama Sarawak Tun Abang Openg Abang Sapiee.

Beliau mengangkat sumpan sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam pada 13 Jan 2017 berikutan penyandang terdahulu Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari tahun sama. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!