Mayat berulat ditemui di kawasan hutan

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

NILAI - Mayat dipercayai seorang lelaki ditemui dalam keadaan berulat di kawasan hutan berhampiran Puncak Jati, Putra Nilai di Bandar Baru Nilai di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mayat berkenaan ditemui jam 10.14 malam dan pemeriksaan dilakukan oleh pasukan forensik mendapati si mati sudah meninggal beberapa hari.

"Pemeriksaan mendapati si mati sudah meninggal dunia lebih tujuh hari dan keadaannya sudah berulat dan berbau busuk.

"Namun identitinya masih belum dapat dikenal pasti, tapi kita percaya mayat berkenaan adalah seorang lelaki," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Polis Daerah Nilai pada Selasa.

Menurutnya, mayat telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu boleh salurkan maklumat kepada Inspektor Mohd Nor Nikman Ahammed di talian 013-6262 415 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: