X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan kutipan sampah di 14 zon MPK

Operasi kutipan sisa pepejal akan berjalan seperti biasa menggunakan khidmat pekerja sokongan.
A
A

KLANG - Sebanyak 14 zon di bawah Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengalami gangguan operasi kutipan sisa pepejal susulan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 ke atas pekerja pembersihan pada Selasa.

Ketua Media dan Perhubungan Awam KDEB Waste Management (KDEBWM), Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, ia juga disebabkan kerja sanitasi ke atas jentera-jentera kutipan sisa pepejal di kawasan tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, operasi tetap berjalan seperti biasa menggunakan khidmat pekerja sokongan bagi memastikan kutipan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Antara kawasan terlibat termasuk Aman Perdana, Bandar Bukit Raja, Bukit Kapar, Kampung Bayu Perdana dan Kampung Raja Uda.

"Selain itu, Taman Chi Liung, Kampung Baru Pandamaran, Kampung Idaman, Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, Taman Kota Pendamaran, Taman Selat Selatan, Taman Petaling Indah dan Taman Selatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru katanya, orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kutipan sisa domestik boleh menghubungi talian pusat aduan setempat atau pihak operasi KDEBWM cawangan Klang.

"Bagi pihak KDEBWM, kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami dan akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang terbaik kepada rakyat negeri Selangor," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!