'Daripada berhimpun, lebih baik jadi sukarelawan di PPV'

Wan Ahmad Fayhsal (kanan) membuat tinjauan di PPV UITM Shah Alam di sini pada Selasa.
Wan Ahmad Fayhsal (kanan) membuat tinjauan di PPV UITM Shah Alam di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan belia yang berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu disaran supaya melibatkan diri mereka dalam kerja-kerja sukarelawan di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengesyorkan cadangan itu berkata, cara itu lebih membantu negara dalam mencapai imuniti kelompok berbanding menambahkan risiko jangkitan wabak Covid-19 dengan himpunan sebegitu.

"Bukan saya tidak menyokong protes, protes adalah hak masing-masing di bawah Perlembagaan, hak untuk berhimpun tetapi bukan pada masa sekarang dan bukan dengan cara begitu.

"Kalau kita dapat lihat anak-anak muda yang memakai vest biru (sukarelawan) MyVac, mereka sebenarnya pemuda pemudi yang memahami keperluan pada zaman Covid-19 ini," katanya.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di PPV Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal berkata, Armada Bersatu sebelum ini juga telah melancarkan #Misi 100Jam sebagai sebuah misi khidmat sosial untuk meningkatkan kapasiti sukarelawan di PPV di seluruh negara.

Menurutnya, hasrat itu selari dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan seluruh penduduk dewasa di Lembah Kelang mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin Covid-19 menjelang akhir Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

Wan Ahmad Fayhsal (tengah) bersama pihak pengurusan PPV UITM dan sukarelawan MyVac.
Wan Ahmad Fayhsal (tengah) bersama pihak pengurusan PPV UITM dan sukarelawan MyVac.

Malah katanya, dalam mesyuarat terbaru Armada Nasional pada Isnin turut memutuskan untuk mengerahkan lebih ramai sukarelawan agar dapat turun padang bagi meningkatkan lagi tenaga kerja di lapangan.

"Melalui lonjakan kapasiti, para relawan akan membantu memastikan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) mendapat akses kepada vaksin pada kadar segera termasuklah dengan menyediakan khidmat pengangkutan ke PPV dan kembali ke rumah.

"Pasukan relawan khusus juga akan ditugaskan untuk menjaga pendaftaran secara secara terus untuk golongan yang masih belum mendapat janji temu di PPV yang digazetkan untuk tujuan ini bagi memastikan semua penduduk di Lembah Kelang mencapai imuniti kelompok minimum seperti disasarkan," katanya.

Beliau berkata, Armada Bersatu sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai teras gerak kerja sayap, selari dengan misi #MalaysiaPrihatin yang menjadi wadah kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

"Saya sendiri telah mewakafkan hampir 70 jam bertugas di pelbagai PPV termasuk bertugas di PPV UITM Shah Alam hari ini (Selasa) selama sejam dan begitu juga 5,000 ahli Armada di seluruh negara yang bertugas di PPV masing-masing," tambahnya.

Ends