Dasar kawal p-hailing dibawa ke Kabinet

Dasar bagi mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam masa terdekat. Gambar kecil: Ka Siong
Dasar bagi mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam masa terdekat. Gambar kecil: Ka Siong
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dasar bagi mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kementeriannya bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang memuktamadkan perincian teknikal berhubung dasar berkenaan.

"Ini merupakan dasar terbaru dan Kementerian Pengangkutan dipertanggungjawabkan mengendali dasar bagi p-hailing secara khusus.

"Mesyuarat penyelarasan sudah dibuat antara kementerian terbabit sebagai persediaan bagi dasar p-hailing dikemukakan di kabinet.

"Antara cadangan membabitkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), had kandungan dibenarkan selain aspek keselamatan jalan raya," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bagi Sektor Pengangkutan Maritim dan Logistik, di sini, pada Selasa.

Pada 18 April lalu, Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan bagi melihat kembali peraturan dan pihak yang perlu mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing di negara ini.

Ka Siong memberitahu, langkah itu dibuat bagi melindungi hak dan nasib penunggang penghantar makanan p-hailing.

Pada Ahad lalu, media melaporkan dua pemain utama perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) iaitu Food Panda Malaysia Sdn Bhd dan Grab Malaysia diminta mengemukakan cadangan serta polisi yang komprehensif untuk dilaksanakan, dalam waktu terdekat.

Artikel Berkaitan:

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi menambah baik perkhidmatan ditawarkan kepada pengguna, peniaga dan penghantar termasuk mengkaji kadar caj lebih rendah berbanding pada masa ini.