DPMM seru gencatan politik, fokus masalah rakyat

Tangkap layar kenyataan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada Selasa.
Tangkap layar kenyataan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyeru agar gencatan politik dilaksanakan semua pemimpin parti politik dengan mengenepikan perbezaan dan mengutamakan masalah rakyat.

Presidennya, Abdul Halim Husin berkata, semua pemimpin politik perlu bersatu hati membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi penularan pandemik Covid-19 hingga membolehkan sektor ekonomi dibuka seperti sediakala.

“Tumpukan usaha memulihkan segera ekonomi rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 yang bergelut dengan masalah aliran tunai akibat dibuang kerja oleh majikan yang terpaksa gulung tikar terutamanya syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Ini dibuktikan melalui perangkaan terkini Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) iaitu kadar pengangguran menjangkau seramai 742,700 orang atau pada pada kadar 4.6 peratus April lalu.

“Menurut kaji selidik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada Jun 2021, lebih 90 peratus usahawan mikro, kecil, sederhana dan informal atau tidak berdaftar berisiko menutup perniagaan sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berterusan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menumpukan pada strategi untuk keluar daripada ancaman Covid-19 secara selamat dan sistematik adalah langkah yang patut disokong semua pihak.

“DPMM menyokong usaha kerajaan meringankan beban ke atas kapasiti sistem kesihatan awam, membuka semula sektor ekonomi dan membenarkan aktiviti sosial dalam tempoh masa enam bulan sehingga akhir tahun ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: