Polis serbu rumah proses arak tiruan, rampasan RM3.1 juta

Ayob Khan menunjukkan sebahagian daripada arak tiruan yang dirampas melibatkan nilai RM2.1 juta, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Selasa.
Ayob Khan menunjukkan sebahagian daripada arak tiruan yang dirampas melibatkan nilai RM2.1 juta, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor merampas arak tiruan dan tidak bercukai bernilai RM2.1 juta di sebuah rumah dua tingkat di Taman Ungku Aminah, Skudai di sini pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan tersebut dilakukan menerusi serbuan pada jam 8.10 pagi di rumah tersebut yang dijadikan tempat memproses dan penyimpanan arak tiruan.

"Hasil serbuan Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Utara itu berjaya menangkap dua warga tempatan yang berusia 27 dan 41 tahun yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyeludupan minuman keras dipercayai arak tiruan dan tidak bercukai.

"Turut ditahan empat lelaki warganegara asing berusia lingkungan 29 hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja dalam premis tersebut manakala 'mastermind' belum ditangkap," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejbat Kontinjen Johor (IPK) di sini pada Selasa.

Ayob Khan (dua kiri) menunjukkan tong biru cecair pati arak yang dirampas melibatkan nilai RM2.1 juta, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Selasa.
Ayob Khan (dua kiri) menunjukkan tong biru cecair pati arak yang dirampas melibatkan nilai RM2.1 juta, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Selasa.

Katanya, antara barang yang dirampas 20 tong biru cecair pati arak 4,000 atau 40 peratus berisi alkohol, 16 kotak jenama Mcdowells 142.08 liter (40 peratus), lapan kotak jenama Chivas Regal 96 liter (40 peratus).

Turut dirampas 30 kotak jenama King Robert 390 liter (43 peratus), 12 kotak jenama Johnnie Walker Red Label 144 liter (40 peratus) dan lima kotak jenama Johnnie Walker Black Label 60 liter (40 peratus).

Beliau memberitahu, jumlah nilai arak sahaja RM2.143 juta, nilai cukai arak RM870,462 manakala keseluruhan nilai rampasan RM3.149 juta.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, mereka menjadikan rumah sebagai tempat memproses minuman keras tidak bercukai yang diedarkan di pasaran tempatan.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 75 Akta Eksais 1976 iaitu kesalahan membuat, memproses arak dan memiliki peralatan membuat minuman keras.

Ayob Khan (kiri) menunjukkan sebahagian daripada arak tiruan yang dirampas di sebuah rumah melibatkan nilai RM2.1 juta, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Selasa.
Ayob Khan (kiri) menunjukkan sebahagian daripada arak tiruan yang dirampas di sebuah rumah melibatkan nilai RM2.1 juta, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Selasa.

Sementara itu, Ayob berkata, dari 1 Julai hingga Isnin, PGA Simpang Renggam sudah menahan 22 lelaki dewasa terdiri daripada 10 warga tempatan dan 12 warga asing terlibat kegiatan itu.

Menurutnya, sebanyak enam laporan tangkapan dibuat dan lima kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, satu kes di bawah Akta Atipsom 2007, satu kes di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan satu kes lagi di bawah Akta Eksais 1976.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan PGA tersebut dari 1 Julai hingga Isnin berjumlah RM4.5 juta dan dalam bulan lalu sahaja berjumlah RM1.355 juta manakala rampasan dari awal tahun sehingga Isnin pula RM3.1 juta.