Usul bahas Ordinan Darurat dibawa September depan

Muhyiddin.- Foto Bernama
Muhyiddin.- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM- [DIKEMAS KINI] Sebarang usul untuk membahas dan mengungkaikan Ordinan-ordinan Proklamasi Darurat boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan proses pembatalan Ordinan-ordinan Darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan.

Jelasnya, dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos lalu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan Ordinan-ordinan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.

“Selaras dengan titah pandangan Seri Paduka Baginda dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2021.

“Usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan: