SelVax Komuniti mula dibuka untuk pendaftaran vaksinasi

Siti Mariah memuat naik status dan info grafik di Facebook beliau pada Selasa.
Siti Mariah memuat naik status dan info grafik di Facebook beliau pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Vaksin Selangor (SelVax) kini dibuka bagi prapendaftaran untuk meningkatkan lagi pemberian vaksinasi kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pendaftaran itu mula dibuka selama 10 hari bermula pada Selasa hingga 13 Ogos ini.

"Orang ramai boleh menggunakan kod baucar tertera di poster bagi mendapatkan vaksin di PPV berhampiran bermula jam 9 pagi hingga 6 petang," katanya yang memuat naik status dan info grafik di Facebook beliau pada Selasa.

Siti Mariah berkata, orang ramai diingatkan memuat naik aplikasi SeLangkah untuk membuat pendaftaran.

"Program SelVax percuma kepada penduduk Selangor berusia 18 tahun ke atas," katanya.

Menurut beliau, sebanyak lima slot vaksinasi bagi program SelVax kepada penduduk warganegara.

"Lima slot itu ialah di Tropicana Garden Mall, Kota Damansara, Evo Mall, Bandar Baru Bangi, Hotel De Palma, Shah Alam dan Aurora Place, Bukit Jalil.

"Bagi slot vaksinasi bukan warganegara pula diadakan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya yang hanya bermula pada 10 hingga 13 Ogos," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai juga boleh mengikuti laman sosial Selgate atau SeLangkah bagi pengumuman kod baucar di dewan komuniti.

"Slot vaksinasi di dewan khas komuniti telah ditetapkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya.