Spurs akan hukum Kane

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur akan menghukum Harry Kane selepas pemain itu gagal untuk hadir dalam latihan pra musim pasukan tanpa alasan kukuh.

Memetik laporan portal berita sukan antarabangsa, Spurs dilaporkan kecewa dengan tindakan Kane yang dipercayai untuk memaksa kelab itu melepaskannya berhijrah ke Manchester City.

"Minggu ini akan menjadi minggu sukar buat Spurs dengan situasi membabitkan Kane dan kelab itu semakin tegang.

"Keputusan perlu segera dibuat oleh Spurs sama ada akan terus kekalkan Kane atau melepaskan pemain itu," kata laporan itu.

Sebelum ini, City dilaporkan sudah mengajukan tawaran kepada Spurs untuk mendapatkan Kane namun ditolak selepas tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan The Citizen.

Spurs dikatakan mahu menjual Kane pada harga sekitar 160 juta pound (RM939 juta) tetapi City hanya sanggup membayar 100 juta pound (RM586.8 juta) serta menawarkan seorang pemainnya.

Kane sebelum ini juga dilaporkan telah mendapat persetujuan daripada Spurs untuk berpindah ke pasukan lain musim depan, namun Spurs dilihat tidak mengotakan janji mereka.

Artikel Berkaitan: