X

Kindly register in order to view this article
!

CGM agih 34,520kg daging korban

Pasukan CGM sedang menyediakan daging korban untuk diagihkan kepada penerima di Semenanjung Gaza.
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) mengagihkan 34,520 kilogram (kg) daging korban kepada 34,520 keluarga di Semenanjung Gaza pada Hari Raya Aidiladha lepas.

Ketua Projek Korban4Gaza, Ahmad Jibriel Mohd Yusof berkata, sebanyak 123 ekor lembu dan empat ekor kambing bagi ibadah korban pada tahun ini telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, CGM memberikan sekilogram daging korban kepada setiap keluarga yang memberikan manfaat kepada 172,600 penerima secara keseluruhannya.

“Agihan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama 140 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan Gaza pada 20 Julai hingga 23 Julai lepas. Alhamdulillah, projek Korban4Gaza ini telah dijayakan bersama sembilan rakan kerjasama kami iaitu Misi Sedekah Jumaat, EZ Qurban, Iman Care, PASRelief, Pertubuhan Sukarelawan Addiniah, Sedekah Subuh, Serantau Muslim, Yayasan Amal Malaysia, Yayasan Al-Tarmidhi dan LeMaream Apparel Sdn Bhd.

“Kami berterima kasih kepada para penyumbang dan peserta korban kerana telah memilih CGM sebagai wakil pelaksana ibadah korban di Gaza. Alhamdulillah, kami telah selesai melaksanakan amanah yang telah diberikan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Salah seorang sukarelawan CGM (kanan) mengagihkan daging korban kepada kanak-kanak Gaza.
Salah seorang sukarelawan CGM (kanan) mengagihkan daging korban kepada kanak-kanak Gaza.

Beliau berkata, proses penyembelihan, melapah dan membungkus daging korban telah dijalankan di Pusat Penyembelihan Abu Ajwa Farm yang terletak di Bandar Gaza.

Tambahnya, pendaftaran untuk menyertai ibadah korban itu telah dibuka pada 24 Mei 2021 sehingga 10 Julai 2021 dan menerima sambutan yang luar biasa.

“Selain Korban4Gaza, pelbagai kempen yang sedang dijalankan oleh CGM seperti Bantuan Kecemasan Covid-19 di Malaysia, Edu4Gaza, Istiqamah4Gaza dan Tabung Anak Yatim Saiful Quds, yang disebarkan kepada orang ramai menerusi pelbagai platform seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram dan lain-lain,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang bagi membantu kempen-kempen pembangunan Gaza, Palestin boleh berbuat demikian dengan melayari cgm.com.my atau salurkan sumbangan secara terus ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!