'Lebih baik bantu frontliners daripada berbalah'

ZAIDY
ZAIDY
A
A
A

SELAYANG - Yang Dipertua Pas Selayang memilih untuk membantu petugas barisan hadapan berbanding terlibat dalam sebarang perbalahan yang tidak menguntungkan masyarakat.

Zaidy Abdul Talib menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, perbalahan atau sebarang tindakan tidak berfaedah hanya akan menambah beban petugas yang kini bergelut menangani penularan Covid-19.

"Saya berkesempatan membantu petugas menguruskan pengebumian pesakit Covid-19 yang merupakan sahabat kami di Pas Selayang Indah di tanah perkuburan Islam Selayang Baru.

"Sebelum ini di Kampung Selayang Indah juga dalam seminggu lepas, pengerusi suraunya meninggal dunia disebabkan Covid-19," menurut perkongsian di Facebook pada Isnin.

Katanya, amanah diletakkan kepada petugas dalam menguruskan jenazah pesakit Covid-19 sejak di awal pandemik sehingga kini merupakan satu pengorbanan yang besar.

"Untuk menguruskan jenazah pesakit Covid-19 perlu jalani prosedur yang ketat, tidak semua boleh bantu berbanding menguruskan jenazah biasa.

"Semoga mereka (petugas) sentiasa dalam perlindungan ALLAH SWT," katanya.

Artikel Berkaitan: