'Mesyuarat khas MKT mungkin mengenai sidang Parlimen'

Jalaluddin Alias
Jalaluddin Alias
A
A
A

SHAH ALAM – Beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berbeza pandangan mengenai agenda mesyuarat khas yang dijangka berlangsung petang ini kerana tidak menyenaraikan perkara yang akan dibincangkan.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau tidak boleh membuat andaian mengenai perkara yang akan dibincangkan.

“Agenda tidak disenaraikan.

Cuma panggilan mesyuarat khas.

Mungkin mengenai sidang Parlimen,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, satu mesyuarat khas membabitkan ahli-ahli MKT bakal berlangsung secara maya pada Selasa bagi membincangkan isu terkini politik tanah air.

Armand Azha
Armand Azha

Berbeza dengan Jalaluddin, seorang lagi ahli MKT UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, pihaknya telah mengetahui mengenai perkara yang mahu dibincangkan dalam mesyuarat khas petang ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau tidak boleh mendedahkannya kepada media mengenai perkara yang mahu dibincangkan kerana telah memegang sumpah kerahsiaan.

“Kita sudah tahu perkara yang nak dibincangkan tapi saya tidak boleh memaklumkan kepada media sehingga mendapat persetujuan semua ahli MKT,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: MKT UMNO bermesyuarat secara maya esok