X

Kindly register in order to view this article
!

KPIBKSN Kelantan bimbang ‘kemenjadian’ pelajar terjejas

KPIBKSN Kelantan bimbang ‘kemenjadian’ pelajar terjejas berikutan tempoh penutupan sekolah yang berpanjangan kesan pandemik Covid-19. Gambar hiasan (Gambar kecil: Adnan)
A
A

KOTA BHARU - Kumpulan Penggerak Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Negeri (KPIBKSN) Kelantan menjangkakan ‘kemenjadian’ pelajar akan terjejas berikutan tempoh penutupan sekolah yang berpanjangan kesan pandemik Covid-19.

Pengerusi KPIBKSN Kelantan, Datuk Adnan Hashim berkata, seperti yang diketahui umum, penutupan kesemua pusat pendidikan membantutkan usaha untuk melengkapkan bakal-bakal pemimpin dan rakyat jelata masa depan dengan ilmu pengetahuan yang sewajarnya.

Menurutnya, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilihat tidak berkesan sepenuhnya kerana berdepan pelbagai pemasalahan dihadapi pelajar.

“Antaranya, pelajar dari keluarga miskin yang tidak mempunyai peranti, tiada liputan internet, tiada tambah nilai malah lebih parah ada yang habiskan tambah nilai untuk menonton video, bermain permainan video maya dan sebagainya.

“Secara amnya keadaan itu bukan sahaja menyebabkan mereka terlepas pendidikan rasmi bahkan semakin rosak dengan gejala negatif menerusi internet,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, sukar untuk membayangkan situasi negara ini pada 20 hingga 40 tahun akan datang jika kumpulan yang bakal memimpin negara pada waktu itu gagal dilengkapkan dengan ilmu dan sahsiah diri yang sepatutnya mulai sekarang.

“Kalaupun mereka baik dan bagus tetapi boleh bertukar sebaliknya jika penutupan sekolah yang berterusan ini tidak mendapat perhatian serius daripada kita semua.

“Kini, pendidikan menjadi tanggungjawab bersama seiring dengan penubuhan KPIBKSN di semua negeri di seluruh negara ini,” katanya.

Beliau berkata, KPIBKSN kini dalam kerangka mengatur pelbagai program bersama warga pendidik dalam memastikan pelajar-pelajar tetap terdidik walaupun berada dalam keadaan sukar akibat pandemik.

“Saya ingin mengajak semua terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta untuk tampil bersama.

“Kita perlu bergandingan dalam memastikan kemenjadian pelajar-pelajar yang bakal memimpin negara pada masa akan datang dan sebarang perkongsian idea yang boleh disalurkan ke email [email protected],” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!