X

Kindly register in order to view this article
!

Pemilik syarikat teksi disyaki terima rasuah

A
A

PUTRAJAYA - Seorang pemilik syarikat teksi akan dituduh di mahkamah pada Rabu atas dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu kononnya bagi membantu menyelesaikan kes rasuah yang sedang dibicarakan.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu telah meminta rasuah berjumlah RM95,000 daripada seorang individu yang kesnya sedang dibicarakan di peringkat Mahkamah Rayuan.

"Suspek meminta wang itu kononnya untuk dibayar kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai di Pejabat Peguam Negara yang menjalankan kes berkenaan.

"Daripada jumlah yang diminta itu, suspek dipercayai telah menerima RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, kemudian suspek meminta lagi RM35,000 dan menerimanya secara tunai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Difahamkan, suspek akan didakwa dengan beberapa pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu seterusnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis.

Jelas sumber itu, suspek akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!