X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan tegas terhadap ahli Parlimen sertai himpunan: UMMAH

Sebahagian daripada ahli Parlimen pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap semua peserta yang menyertai perhimpunan haram termasuk ahli-ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka pada Isnin.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, perbuatan berhimpun yang sudah jelas menyalahi prosedur operasi standard (SOP) ini membawa kemarahan rakyat yang selama ini bersabar mematuhi peraturan, walaupun turut terkesan dengan wabak Covid-19.

Sedangkan katanya, sebarang perhimpunan sewaktu Covid-19 adalah tidak dibenarkan dan salah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) mesti bertindak tegas terhadap kesalahan SOP sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Rakyat boleh bersabar mengenai isu buka surau dan masjid.

“Begitu juga isu buka perniagaan, rakyat masih bersabar walaupun menanggung kerugian. Tetapi perkara yang jelas salah dengan mengadakan himpunan seperti ini mengguris hati rakyat.

“Sepatutnya ahli Parlimen pembangkang menunjukkan contoh terbaik dan bukannya mempamerkan perbuatan negatif sehingga menjejaskan usaha kerajaan dalam memulihkan negara pada fasa Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhimpunan pembangkang tidak akan ubah keputusan tangguh Parlimen

Pemimpin politik perlu utamakan kepentingan negara bukan peribadi

Justeru, UMMAH telah membuat satu laporan polis pada petang Isnin sebagai pemula dan meminta semua pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini agar membuat laporan polis bagi mengekang sebarang tindakan yang cuba merosakkan negara.

"UMMAH turut mendesak agar semua ahli Parlimen pembangkang yang menyertai himpunan tersebut agar dikenakan tindakan tegas oleh polis.

“UMMAH juga meminta kepada seluruh rakyat dan para pemimpin untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan demi memastikan negara berjaya keluar daripada wabak Covid-19,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!