X

Kindly register in order to view this article
!

Tanggal gelang merah pergi rumah rakan

Tangkap layar daripada video yang menunjukkan tindakan remaja perempuan menanggalkan gelang 'pink' untuk keluar berjalan. - Foto ihsan pembaca.
A
A

TAIPING - [DIKEMAS KINI] Tindakan seorang remaja perempuan menanggalkan gelang kuarantin berwarna merah untuk keluar berjalan-jalan membawa padah apabila dia dikompaun sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan selepas video remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial pada Isnin.

"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Kamunting di sini dan polis berjaya mengesan remaja terbabit yang didapati menanggalkan gelang berkenaan tanpa kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Remaja terbabit telah menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi. Ketika kejadian dia dikatakan hanya singgah ke rumah rakannya di kawasan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, kompaun dikenakan kerana remaja berkenaan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Polis menasihatkan masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak Covid-19.

"Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!