Laluan masuk ke Parlimen tenang

Laluan masuk ke bangunan Parlimen masih berada dalam keadaan tenang setakat jam 9 pagi.
Laluan masuk ke bangunan Parlimen masih berada dalam keadaan tenang setakat jam 9 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkarangan laluan masuk ke bangunan Parlimen pada Selasa masih berada dalam keadaan tenang setakat jam 9 pagi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pihak polis hanya berkawal di laluan masuk berhampiran bangunan Parlimen.

Bagaimanapun tiada kawalan yang dilakukan pihak polis untuk laluan-laluan masuk ke Jalan Parlimen sebagaimana pada Isnin.

Kawasan sekitar laluan masuk ke Parlimen juga kembali menjadi tumpuan media seawal jam 8 pagi bagi menantikan sebarang perkembangan terkini berhubung situasi politik tanah air ketika ini.

Laluan masuk ke Parlimen juga kembali menjadi tumpuan media bagi menantikan sebarang perkembangan terkini berhubung situasi politik tanah air ketika ini.
Laluan masuk ke Parlimen juga kembali menjadi tumpuan media bagi menantikan sebarang perkembangan terkini berhubung situasi politik tanah air ketika ini.

Pada Selasa, ahli-ahli Dewan Negara Pakatan Harapan (PH) dijangka hadir ke Parlimen meskipun Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 3 hingga 5 Ogos telah ditangguhkan.

Barisan ahli-ahli Dewan Negara tersebut dijangka hadir pada jam 9.30 pagi bagi bantahan terhadap penangguhan sidang yang dibuat.

Artikel Berkaitan: