Ahli-ahli Dewan Negara PH pula 'redah' ke Parlimen

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setelah cubaan wakil rakyat pembangkang memasuki bangunan Parlimen pada Isnin tidak berjaya, kini ahli-ahli Dewan Negara pula dijangka akan 'meredah' Parlimen pada Selasa meskipun sidang Dewan Negara yang dijadualkan bermula pada Selasa telah ditangguhkan.

Pihak Komunikasi Pakatan Harapan (PH) mengesahkan perkara itu Isnin malam dan memaklumkan ahli-ahli Dewan Negara akan ke Parlimen dalam jam 9.30 pagi.

"Esok, 3 Ogos (Selasa sepatutnya menjadi hari pertama sidang khas Dewan Negara. Malangnya, ia telah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat diterima ramai.

"Insya-ALLAH esok (Selasa) pagi ahli-ahli Dewan Negara akan ke Parlimen dalam jam 9.30 pagi," menurut pemakluman kepada media pada Isnin.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai ditangguhkan untuk tempoh dua minggu bermula dari 29 Julai.

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan berarak ke bangunan Parlimen gagal

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, saranan tersebut dibuat setelah mengambil kira hasil penilaian risiko semasa dan bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19 daripada berlaku di Parlimen.

Noor Hisham berkata, hasil saringan pra-persidangan Dewan Negara ke atas 100 individu menggunakan ujian RT-PCR pada Sabtu mendapati sembilan kes positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: