Jurulatih berbasikal trek negara rimas diintai dua pencabar utama

John Beasley akui agak kecewa dengan pit kecil yang disediakan untuk dua pelumba negara tetapi pihaknya tetap akur. - Foto Astro ARENA
John Beasley akui agak kecewa dengan pit kecil yang disediakan untuk dua pelumba negara tetapi pihaknya tetap akur. - Foto Astro ARENA
A
A
A

PENGENDALI negara, John Beasley, mula sedar dengan perang psikologi beberapa negara gergasi berbasikal trek menjelang acara pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020, Rabu ini.

Antaranya tindakan pegawai pasukan Great Britain dan Australia yang kerap meninjau persiapan Malaysia di Velodrom Izu.

Kedua-dua negara terbabit diletakkan bersebelahan pit pasukan negara yang menempatkan Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom dengan saiz yang jauh lebih kecil.

"Secara jujurnya saya agak kecewa dengan pit kecil yang disediakan untuk dua pelumba negara tapi itulah hakikatnya.

"Kami tetap akur dengan ruang yang kecil ini.

"Sentiasa sukar apabila dihimpit oleh dua negara gergasi yang menampilkan ramai pelumba apabila memakan ruang lebih besar. Ia membuatkan tempat kami menjadi lebih sempit.

"Namun, saya tidak mengambil tahu persiapan pasukan Belanda, Great Britain dan lain-lain ketika ini.

"Sebaliknya saya berpuas hati dengan apa yang dijalani anak buah saya dan kami masih dalam sasaran.

Artikel Berkaitan:

"Pelumba saya kini dapat berkayuh dan makin laju. Apapun saya gembira dengan sesi hari ini (1 Ogos)," kata ketua jurulatih negara kelahiran Australia itu.

The Pocket Rocketman dan Shah Firdaus perlu menemui kayuhan mantap dalam dua acara yang disertai yang menyaksikan acara pecut bermula Rabu, sementara keirin pada Sabtu. - Sumber Awani