Mesej mayat pesakit Covid-19 hidup ketika mahu dikebumikan adalah palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia, namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan malam tadi berkata HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej itu dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini tular mesej yang mendakwa seorang pesakit Covid-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: