Bersabarlah tunggu keputusan KKM mengenai Ivermectin

Pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa ubat Ivermectin yang berjaya merawat pandemik Covid-19.
Pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa ubat Ivermectin yang berjaya merawat pandemik Covid-19.
A
A
A

PADA masa ini macam-macam usaha yang dilakukan oleh orang ramai untuk sembuh daripada Covid-19.

Daripada penggunaan bunga cengkih sehinggalah kepada penggunaan ubat Ivermectin yang digunakan secara meluas untuk merawat haiwan yang mempunyai masalah cacing.

Ada pihak telah membuat pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa ubat Ivermectin yang berjaya merawat pandemik tersebut.

Malah bekalan ubat tersebut dijual sendiri oleh doktor-doktor kepada mana-mana pihak yang memerlukan bermula pada harga RM60 hingga RM700.Bagaimanapun, buat masa ini KKM hanya dibenarkan secara 'off label' penggunaan ubat itu sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

Sukar untuk Merak Jalanan menghalang mana-mana pihak daripada menggunakan ubat tersebut kerana masing-masing berpegang kepada kepercayaan mereka.

Macam-macam teori yang dikeluarkan supaya mewajarkan mereka untuk menggunakan ubat tersebut tanpa mengetahui ia mempunyai kesan sampingan.Setiap ubat diambil mestilah mempunyai sukatan yang tepat. Sebagai contoh, berapakah sukatan yang diperlukan untuk tubuh manusia? Bilakah masa yang sesuai untuk kita ambil ubat itu? Malam atau siang? Sebelum makan atau selepas makan?

Jika kita tanya mereka yang mengambil ubat ini sudah pasti ramai yang mempunyai cara pengambilan ubat yang berbeza. Ini pasti memberi kesan besar kepada tubuh badan.

Oleh yang demikian, Merak Jalanan berharap agar semua pihak bersabar seketika sebelum pihak KKM mengeluarkan keputusan berhubung penggunaan ubat tersebut.

Artikel Berkaitan: