Yob 'rehatkan sementara' Yee Fatt

Kenyataan media Perak FC yang dimuat naik di laman sosial kelab tersebut pada Isnin.
Kenyataan media Perak FC yang dimuat naik di laman sosial kelab tersebut pada Isnin.
A
A
A

KELAB tangga ke-11, Liga Super, Perak FC mengambil tindakan drastik 'merehatkan sementara' pengendali The Bos Gaurus, Chong Yee Fatt berkuat kuasa Isnin, dengan tanggungjawab mengemudikan kelab kini digalas penolong jurulatih, Shahril Nizam.

Menurut pengurusan Perak FC, kelab mengambil keputusan 'merehatkan sementara' Yee Fatt sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian selepas mempertimbangkan situasi semasa dan mengambil kira cadangan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

“Sepanjang tempoh itu, Penolong Jurulatih Perak FC, Shahril Nizam akan mengambil alih tugas Yee Fatt.

“Pengalaman luas Shahril Nizam bersama skuad Perak sejak 2017 diyakini dapat membantu skuad mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini, seterusnya bangkit memperbaiki kedudukan dalam carta liga,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Perak FC pada Isnin.

Perak FC yang kini berada di tangga kedua liga daripada 12 pasukan mengumpul 13 mata selepas mengharungi 16 perlawanan sekadar melakar tiga kemenangan, empat seri dan sembilan kekalahan.

Bos Gaurus akan meneruskan baki enam perlawanan liga dalam misi mengekalkan status liga elit dengan melayan kunjungan Penang FC di Stadium Perak pada Selasa.

Artikel Berkaitan: