X

Kindly register in order to view this article
!

Axelsen akhiri penguasaan China

Axelsen (tengah), Chen Long (kiri) bersama pingat masing-masing selepas perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Tokyo 2020. Turut kelihatan pemenang pingat gangsa, Anthony Sinisuka Ginting (kanan) dari Indonesia. - Foto AFP
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelsen memastikan pingat emas acara badminton perseorangan lelaki kembali semula ke benua Eropah selepas menewaskan penyandang juara Chen Long dari China dalam masa 51 minit pada perlawanan akhir di Musashino Forest Plaza sebentar tadi.

Pada set pertama perlawanan seimbang, biarpun Axelsen yang berusia 27 tahun tampil garang untuk mengatasi Chen Long pemain nombor enam dunia 21-15 dalam tempoh 25 minit.

Bersambung set kedua, Chen Long juara edisi Rio 2016 tersebut cuba melakukan kebangkitan, namun pemain kelahiran Odense itu ternyata lebih bijak memastikan peningkatan mata pemain berusia 32 tahun berkenaan setakat separuh jalan apabila melakar kemenangan 21-12 dalam masa 26 minit.

Kemenangan Axelsen ke atas Chen Long secara tidak langsung menamatkan dominasi China dalam acara perseorangan lelaki sekaligus mengembalikan memori pemain Denmark, Poul-Erik Hoyer Larsen ketika menewaskan Dong Jiong pada edisi Atlanta 1996.

Untuk rekod, China merupakan kuasa besar badminton Olimpik menjuarai acara tersebut dalam tiga edisi terakhir menerusi Cheng Long selain Lin Dan (London 2012, Beijing 2008).

Pemain Indonesia, Taufik Hidayat pernah meraih emas pada Athens 2004, Ji Xinpeng (China, Sydney 2000), Poul-Erik Hoyer Larsen (Denmark, Atlanta 1996), Allan Budi Kesuma (Indonesia, Barcelona 1992).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!